bar

jumlah pelawat

09 February, 2012

Sejarah Manusia Di Dunia Akhir Zaman

Baru2 ni ada terbuka satu blog yang sangat menarik minat aku untuk membaca post entrinya. Ianya tentang perihal manusia di akhir zaman. Sebagai umat Islam, kita memang telah diterapkankan dengan ilmu tentang akan datangnya hari kiamat tapi bila? Ini la yang best nak kongsi dengan korang ni.

Fakta2 dalam sejarah sekolah kita diajar tentang 3 zaman tamadun manusia iaitu zaman batu (stone age)zaman gangsa (bronze age)zaman besi (iron age) dan kemudian barulah datang zaman kita, zaman moden (modern civilization). Dalam zaman batu tu pulak ada 3 pecahan: Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Di Barat pula, diorang tambah teori Charles Darwin, yang paling popular ialah manusia telah melalui satu evolusi dan berasal dari keluarga monyet. Karut!

Semua pengikut agama ahli kitab (Islam, Kristian, Yahudi) tahu yang manusia pertama wujud adalah Adam. Sama sekali bercanggah dengan teori manusia zaman batu yang dikatakan tak tahu bercakap. Jadi, apakah ‘timeline‘ sejarah manusia yang sebenar? Dalam Al-Quran, surah terawal al-Baqarah ada menceritakan macam2 termasuk la benda2 ni. Tak percaya cari la tafsirnya. Nabi Adam telah diajarkan oleh Allah nama-nama yang berkaitan dengan sejarah manusia. Kalau kita kaji betul2, nama2 itu adalah nama2 nabi yang muncul selepas Adam, berakhir dengan Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W, di mana selepas itu sejarah manusia akan berakhir (Kiamat).
Di dunia akhir zaman ini, ianya dibahagikan kepada 5 fasa, bermula dengan fasa pemerintahan Rasulullah sehinggalah ke fasa terakhir di mana kembalinya Nabi Isa dan kemunculan Imam Mahdi. Jadi, di mana kita? Aku percaya sekarang kita di fasa ke-4 dunia akhir zaman (Fasa pemerintahan manusia kejam dan bongkak). Tak jauh kan dari hari kiamat?

Kalau bateri dah lama wujud sejak zaman Firaun Mesir, korang percaya tak kalau helikopter pun dah lama wujud pada zaman yang lebih kurang sama? Just untuk melatih minda kita, kalau teknologi nuklear dapat diwujudkan dalam tempoh tak sampai 2 ribu tahun sejarah manusia, cuba korang kira sejak Nabi Adam hingga ke Nabi Isa, ada berapa puluh ribu tahun? Takkan takde teknologi kot.. Renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sebab comment