bar

jumlah pelawat

02 February, 2012

FACEBOOK Bakal Tersenarai Dalam Wall Street








Selepas Google Incorporated kini rangkaian laman sosial, Facebook pula bakal tersenarai di pasaran Wall Street, tidak lama lagi.

Usaha penyenaraian itu, selepas lapan tahun beroperasi dijangka meraih 5 bilion dollar Amerika menerusi terbitan tawaran awam permulaan, IPO.
Penyenaraian yang menjadi sebutan ramai itu akan menjadi IPO internet terbesar selepas Google Inc. yang meraihkan 1.9 bilion dolar Amerika pada 2004.
Facebook juga melantik Morgan Stanley, Goldman Sachs dan JP Morgan sebagai penaja jamin utama, IPOnya.

Penyenaraian Facebook dijangka memberikan kelebihan kepada kedudukan kewangan syarikat dengan menawarkan perkhidmatan dan mengembangkan jumlah pengguna.

Selain itu, ia juga dapat membantu Facebook menangani cabaran daripada Google  dalam usaha mengukuhkan status sebagai syarikat internet yang berkuasa dengan rangkaian sosial dikenali sebagai 'Plus'.
Kini, facebook mempunyai 845 juta pengguna aktif.