bar

jumlah pelawat

10 August, 2012

bolehkah anda menyimpan anak patung /teddy bear dirumah?

bolehkah anda menyimpan anak patung /teddy bear dirumah?
nak tahu lebih lanjut lagi baca dari awal sampai habis k? 

Adik A: Assalamualaikum, farid. Boleh ke ek simpan patung dalam rumah? Dibenarkan ke dalam Islam? Kalau setakat nak main-main, jadikan perhiasan, jadi bantal peluk, tak ada niat nak menyembah dia pun, tak boleh ke?
farid: Waalaikumussalam  dik. Hehe... BAIK , farid baru sahaja buat artikel pasal bende ni... Meh baca meh.

Bolehkah menyimpan patung di rumah-rumah sebagai perhiasan? Hmm.. Pada asasnya, Islam mengharamkan patung atau boneka yang disucikan atau dimuliakan.



"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaanmu itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (Surah Al-Hajj, ayat 73)

Manakala patung atau boneka yang diharuskan ialah patung mainan kanak-kanak kerana ia bukan patung untuk dimuliakan, diagungkan dan bukan untuk tujuan bermegah-megah, kerana Aisyah ra, ummul mukminin sendiri pernah bermain dengan patung semasa masih kecil... Ini berdasarkan hadith berikut:-

Dari Aisyah ra,

أنها كانت تلعب بالبنات عند رسول الله صلى الله عليه وسلم

Terjemahannya: "Aku biasa bermain boneka di sisi RasuluLlah SAW” (HR Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2440)

Namun, syarat-syaratnya juga ada, iaitu syarat patung yg dibolehkan ialah patung yang tidak cukup sifat.

مر برأس التمثال فليقطع حتى يصير كهيئة الشجرة

Terjemahannya: "(Jibril AS berkata) Perintahkan agar kepala patung itu dipotong. Maka dipotonglah patung itu sehingga menjadi seperti pokok." HR Abu Daud, anNasa’iy, Termidzi dan Ibn Hibban, disahihkan oleh al- Albani dalam Ghayatul Maram (131)

'Kalau patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekadar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak. Oleh kerana itu kata Aisyah: "Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut kerana takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dan dalam salah satu riwayat diterangkan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya." (Riwayat Abu Daud)
Maka begitulah kedudukan patung dan boneka di sisi syara’. Jika boneka itu sasarannya untuk permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Jika ia tidak cukup sifat, pun dibolehkan juga. Jika selain itu, misalnya boneka untuk kemegahan dan tujuan untuk diagungkan, maka ia adalah haram. Wallahua'lam' (al-Qardhawi, petikan dari Halal & Haram)

Antara dalil-dalil lain yang melarang, sebuah hadith juga dari Aisyah r.a. katanya,:"Sesungguhnya ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung. Sabda nabi s.a.w,: "Sesungguhnya orang-orang itu jika yang meninggal di antara mereka orang soleh, mereka membuatkannya masjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk di sisi Allah pada hari kiamat.” (HR Bukhari)

Kenapa Islam tak bagi menyimpan patung walaupun sekadar untuk perhiasan/bantal peluk dsb (selain kanak-kanak dimana ia rukhsah)?
Hmm...Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir..

Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut.

Dari Abu Hurayrah ra:
لا تدخل الملائكة بيتا فيه تماثيل أو تصاوير

Terjemahannya: "Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada patung dan lukisan." (HR al-Bukhari-Muslim, sahih Muslim, 2112)

Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja. (Lihat hadith Aisyah di atas)

Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya.

Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar... Berhati-hatilah dalam tindakan kita, jauhilah perkara yang syubhah, kerana ia merupakan tanda ketaqwaan seseorang kepada Allah swt....

Kesimpulannya, daripada artikel di atas, patung/boneka dsb hanya dibenarkan dalam dua situasi, iaitu apabila kanak-kanak bermain dengannya, dan jika terdapat kecacatan pada patung tersebut...
Allah knows best~

Rujukan- JAKIM dengan tambahan dari sini

08 August, 2012

Upacara Pembukaan Olimpik Menghina Islam



Upacara Pembukaan Olimpik Menghina Islam | Upacara pembukaan Olimpik London 2012 yang gilang gemilang itu dicemari dengan persembahan yang dianggap menghina Islam dengan patung sihir yang besar dan patung bayi yang dibuang di sungai.

upacara pembukaan olimpik 2012BOIKOT OLIMPIK 2012!

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.

LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN. 
MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM.

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT. 
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S.

NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA.

NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.

DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA.
MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT. DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M

BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER??
WALLAHUALAM. 

SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU. CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.

INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN. SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA. WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR!

Ritual Mesir Masonic?
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olimpik 2012.
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.
Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.
2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.
Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.
2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION
Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.
Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.
Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.
Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.

SUMBER : ILLUSTRASIAKU


teruskan membaca : http://www.broblogger.net/2012/07/upacara-pembukaan-olimpik-menghina-islam.html#ixzz22w7GWVgg 
Under Creative Commons License: Attribution