bar

jumlah pelawat

12 October, 2012

Kan Dah Kene

Seorang lelaki tengah bawak kereta ,
tiba2 ada seorang perempuan bawak kereta potong kereta dia .

Lelaki tuu jerit '' woi woi Lembuuuuuuuu '' !!
Perempuan tuu balas balik '' hang tuu kambing, keldai, monyet, orang utan " !!

Tiba2 perempuan tuu eksiden terlanggar sekawan lembu ,

Lelaki
: kan aku cakap LEMBU,LEMBU ! tuu laa x nak dengar .

Hehehek... :D




text from : Heliza Helmi

Aku Pelari Pecut Seketika

   assalamualaikum dan hai. dah lamakan farid tak update tentang farid hahaha :)
sebelum farid cerita tentang farid pelari pecut tu, farid nak cerita tentang 1 blog yang farid baca tadi, fuh sedih juga baca blog dia, mahu tak titis air mata tadi, kisah dia ayah dia meninggal time dia tengah study untuk UPSR,sekarang dia tengah PMR,takziah and good luck for PMR, farid berharap tercapai matlamat dia nak masuk kolej vokasional akan datang amin~~~. untuk ketahui cerita dengan lebih lanjut layari blog dia  http://husnaadzhar.blogspot.com/

AL-FATIHAH untuk arwah bapa dia :) amin~~~

anyways macam dah lari sahaja topik farid ini hahaha.tahu tak kenapa farid letak gambar anjing liar dekat bawah ini ? nak tahu baca dekat bawah gambar anjing ini.


12/10/2012 di desa subang, ketika itu farid sedang berjalan seorang untuk pergi ke kedai makan yang bernama SELMAS (sape duduk subang tahu la) tengah elok-elok feel dengan suasana malam yang aman sambil berjalan seorang diri terdengar anjing menyalak, ingat  duduk dalam rumah,sekali usha depan rumah ada 3 ekor anjing menyalak ke arah farid. farid ingat anjing itu tidak mengambil peduli, sekali ketiga - tiga anjing berikut mengejar farid.

kalau korang ape tindakkan korang ketika itu batu atau apa-apa tiada di tangan anda melainkan PHONE NOKIA 3310 huhu (merepek sudah) ada di tangan korang mahu tak baling betul tak, malangnya dekat farid tidak ada apa-apa dan farid hanya berlari tidak cukup tanah dan tidak menoleh kearah belakang. hahaha 

moral of stories- jangan di sangka-sangkan anjing pada waktu malam ok dan jangan lah berjalan berseorang diri pada waktu malam baik lelaki dan perempuan terutama adik-adik dan kakak-kakak please jangan bahayakan diri anda pada waktu malam :)

sekian abis dah :)

09 October, 2012

Larangan telefon bimbit kekal


KUALA LUMPUR: Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.


“KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa dan murid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini semalam.


Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.


Muhyiddin berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.


Katanya kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.


Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.


Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.