Jangan terperanjat jika anda melihat gambar di bawah ini. Ia bukanlah satu aktiviti skuba yang dianjurkan secara suka-suka, namun ia sebenarnya adalah satu persidangan mesyuarat kabinet yang telah diadakan oleh pihak kerajaan Maldives. Mesyuarat yang dijalan dalam air ini antara satu rekod unik yang pernah dicatatkan. Jom lihat gambar di bawah ini.
Pada tahun 2009, Menteri-menteri kerajaan Maldives mengadakan mesyuarat kabinet di dalam air bagi mengetengahkan kesan pemanasan global terhadap Laut Hindi yang memberi kesan terhadap negara. Kedudukan Maldives kira-kira 2.1 meter (7 kaki) dari paras laut, dan kerajaan berkata mereka harus bersedia untuk dihapuskan jika paras air semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment
terima kasih sebab comment