bar

jumlah pelawat

29 January, 2013

cara membuka gelanggang silat gayong malaysia

Adat bergelanggang sebelum berlatih Silat Seni Gayong, disarankan untuk kita "Membuka Gelanggang" terlebih dahulu.  Membuka Gelanggang membawa erti yang anak2 Gayong dalam satu jemaah, bersama-sama berdoa dan memohon agar ALLAH SWT memberikan Kerahmatan dan Melindungi diri daripada segala ancaman dan niat khianat sekalian manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu jahat dan sifat mazmumah daripada diri pesilat2.
 Formasi Barisan
Formasi Bulatan
Formasi Balairong (mengadap) - ehsan gambar gayongpasak.org 

Gurulatih selaku Imam Gelanggang akan mengarahkan pesilat-pesilat membuat formasi dalam bentuk bulatan (Putera di kanan, Puteri di kiri), dan serentak duduk berlutut dan kedua penumbuk menyentuh tapak gelanggang.  Selain formasi bulatan, terdapat juga formasi barisan dan formasi mengadap (balairong) mengikut kesesuaian. Imam Gelanggang akan memulakan acara buka gelanggang dengan menyebut;

Assalamualaikum.
Sebelum kita mula berlatih, terlebih dahulu kita buka gelanggang dengan bacaan :


1. Surah Al-Fatihah -1X
2. Surah Al-Ikhlas -11X
3. Selawat  ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW -3X


Dan kiranya ada berkat dan pahalanya, kita fidyahkan kepada;


1. Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
2. Keluarga Baginda
3. Sahabat yang empat
4. Para Nabi dan Rasul
5. Para Wali Allah
6. Wali – waliah Gayong mati baru dan mati lama terutamanya Tok Panglima Hitam, Syed Zainal Idris Al – Attas…..
7. Dato’ Mahaguru kita, Dato’ Meor Abdul Rahman bt. Sharifah Aluyah. dan keturunannya.
8. Ibu bapa kita
9. Keluarga kita
10. Guru – guru yang mengajar kita
11. Saudara seGayong dengan kita
12. Dan muslimin dan muslimat seluruh alam. 


Kita bermohon kepada Allah SWT agar mendapat berkat dari – NYA dan selamat kita berlatih dari mula hingga akhir dari sebarang malapetaka dan kecederaan serta niat khianat daripada manusia, iblis, syaitan, jin, binatang, nafsu amarah dan sifat mazmumah.
AL – FATIHAH.

Kemudian, setelah selesai membaca Al-Fatihah, Qulhu dan Selawat, Imam Gelanggang akan menadah tangan untuk berdoa dan diikuti oleh semua pesilat. Doa Gelanggang antaranya dibacakan Ayat 9 dan  Ayat Hulubalang disamping doa-doa lain. Ayat 9 sebagai Tawassul untuk Ilmu manakala Ayat Hulubalang sebagai Pembungkam serangan musuh secara nyata ataupun ghaib. Tatkala menyebut Kalimah "KAF HA YA AIN SOD, HA MIM AIN SIN QOF", Imam Gelanggang akan buat ISYARAT PASAK dalam ikhtiar MEMAGAR GELANGGANG. Selepas habis bacaan Doa, letakkan kembali kedua penumbuk ke tapak gelanggang. Pada ketika ini, Imam Gelanggang sekali lagi membuat WAFAK GHAIBmengelilingi keseluruhan gelanggang dengan Kalimah LA ILAHA ILLALLAH yang mana diwakilkan dengan isyarat NAFAS bagi setiap penjuru gelanggang. Pada saat itu, InsyaAllah dengan Berkat Kalimah LA ILAHA ILLALLAH ini, maka terkandung lah sekalian pesilat-pesilat di bawah tanggungjawab Imam Gelanggang di dalam KANDUNGAN LAM JALALLAH. InsyaAllah.

Seeloknya, Imam Gelanggang akan mengadap ke arah Kiblat. Jika keadaan tidak mengizinkan, jangan sesekali duduk membelakangi arah aliran angin. Selain itu, sebelum mengarahkan pesilat-pesilat bangun, Imam Gelanggang boleh juga membaca Mentera Penggerun supaya pesilat-pesilat mudah akur arahan dan orang-orang di luar menjadi "alah" jika berniat untuk membuat sudian.

Begitulah secara ringkasnya, kaedah dan tatacara membuka gelanggang. Segala bacaan dan doa adalah semata-mata untuk-NYA dan selebihnya sekadar ikhtiar dalam berusaha. Dalam dunia persilatan dan alam Melayu ini, SUDIAN dari pihak luar adalah menjadi asam garam nya. Maka, lebih baik "sediakan payung sebelum hujan" kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. InsyaAllah, dengan berkat dari NYA, sekiranya ada sudian sepanjang kita berlatih, kita akan menerima mesej-mesej tertentu seperti bunyi DESIRAN di telinga atau PETANDA TUBUH seperti ada gerakan2 di sekitar perut. Pada saat dan ketika itu, ada kaedah tertentu pula untuk kita menangani nya. Perlulah kita berguru untuk mengetahui selanjutnya.

InsyaAllah, di post yang mendatang akan dibincangkan pula persediaan awal sebelum turun ke gelanggang dengan menggunakan Pelangkah Hulubalang dan Firasat. 

Wallahua'lam.

Pelajaran Silat Seni Gayong



Berdasarkan kepada nama silat ini, iaitu Silat Seni Gayong, maka sistem pelajarannya adalah berasaskan kepada nama ini. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai pelajaran bersilat. Manakala peringkat kedua ialah bahagian seni. Peringkat seni ini ialah peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan.

Latihan Silat Seni Gayong biasanya dijalankan di tempat yang tidak berbumbung - hanya dipagari dinding yang tinggi untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan daripada memasuki gelanggang. Biasanya pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh mencapai ke angka 50 orang atau lebih. Latihan Silat Seni Gayong dimulakan dengan upacara Membuka Gelanggang, iaitu dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T. meminta agar dijauhkan segala mara bahaya semasa latihan sedang dijalankan. Selepas melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas(jurus), pesilat akan berpasangan untuk berlatih suatu siri pergerakan atau gerakan yang direka untuk menghindarkan serangan mengejut dan menyekat lawan daripada terus bertindak agresif(asas elakan/elak pukul). Biasanya terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap, jika perlu, tangkapan yang berbahaya serta gerakan serang balas yang dilakukan tanpa disedari.

Ahli-ahli baru melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan otot-otot dan tendon. Kemudian mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan teknik asas menendang dan menangkis. Pergerakan menyerang hanya diajar dari peringkat bengkung Pelangi Hijau.Pemegang bengkung Pelangi Hijau juga diajar cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan tangkapan, jatuhan dan gulingan. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh.

Kesemua gerakan yang dipelajari adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran membuat serang balas. Walaupun pesilat dimahirkan dengan teknik menyerang menggunakan tangan dan kaki, tetapi ia hanyalah untuk membiasakan rakan sepelatih untuk bertindak balas ke atas serangan yang berasaskan kepada teknik tersebut. Serangan yang dibuat tanpa menggunakan kaedah yang betul amat mudah untuk dipatahkan, sebaliknya serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan, dan penumpuan tenaga perlulah dipatahkan dengan kemas dan tepat. Maka untuk membuat serang balas yang berkesan, seseorang pesilat haruslah dimahirkan dengan serangan-serangan yang betul kaedahnya.

Kemahiran yang perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah:
1.    Gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan.
2.    Gerakan serang balas jenis tangkapan - buah tapak kunci mati.
3.    Gerakan serang balas ke atas kuncian - buah tapak kunci hidup.
4.    Gerakan serang balas jenis pukulan - serangan harimau.
5.    Gerakan jatuh pulih - senaman anak harimau.
6.    Gerakan serangan bersenjata dan serang balas ke atas serangan bersenjata.

Latihan Silat Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat dikehendaki membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara Membuka Gelanggang.

Kebanyakan mata pelajaran yang diperturunkan oleh Mahaguru Dato' Meor Abd.Rahman adalah berupa tangkapan kunci mati. Tangkapan kunci mati ini boleh dikategorikan seperti berikut: melalui tangan kosong, serangan bersenjata ataupun gerak daripada kaki yang diserang oleh pihak musuh.

Silat Seni Gayong mempunyai 349 "seni", yang berupa seni tangkapan kunci mati(tangan kosong/bersenjata), serangan maut, buah pukulan, dan ulasan serangan balas(tapak hidup).Ini bermakna walau bagaimana sekali pun keadaan serangan pihak lawan, pesilat Seni Gayong masih mampu bertindak untuk menyelamatkan diri di samping dapat mematahkan serangan lawan.

Pelajaran dalam Silat Seni Gayong pada asalnya mempunyai tujuh buah tangkapan sahaja untuk setiap peringkat. Dari tujuh buah tangkapan ini kemudian dipecah-pecahkan sehingga menjadi 49 pecahan untuk setiap peringkat, baik dari peringkat tangkapan tangan kosong hinggalah ke peringkat Seni Gayong(permainan yang menggunakan senjata tradisi Melayu). 

27 January, 2013

saya sayangkan dia

saya sayang awak wan nur syahirah binti wan lokman <3

#24/01/2013 10:15 p.m malam dia terima aku

sudah lama tak update blogkan hahaha, hari ini saya update sebab nak membuka buku baru dalam hidup saya, sorry new year tak update blog, hahaha ,anyways aku nak bagi tahu korang klau boleh satu dunia yang aku sayangkan wan nur syahirah <3. mahu lihat gambar dia? *asal ckp bahasa indonesia la nie hahaha* lupekan.




comel tak?
gambar di atas ini 
masa rehat, aku pergi kelas dia,di pula turun bawah,kemudian aku jerit la nama dia banyak kali juga la, awak~~~you~~~~ira~~~wan~~~ time name wan tu baru dia perasan aku , ape lagi snap la gambar dia hahahaha, time ini hari pertama aku date dengan dia,bukan dekat mne pun *tak mcm korang* dekat sekolah jep.
 yang ini aku edit gambar dia hahaha jadi mcm ini kan, aku suka tengok dia pakai cermin mata, di comel kot, weyh aku sayang dia sekarang. ini gambar aku curi dari album dia hehehe

hahaha comel tak? tak silap aku time ini dia bercuti dengan family dia. hahaha <3 *tak ajak pun*
dia nikon aku canon wah,.... <3


perenggan terakhir *hahahaha* dia selalu dekatkan aku dengan allah <3 wah hahaha btw saya sayang awak

##sampai di sini sahaja byebyebye. terima kasih sebab baca <3.