bar

jumlah pelawat

07 May, 2014

bertengek di bumbung tingkat 11

Petaling Jaya: Seorang wanita yang mengalami masalah gangguan emosi bertindak ‘berani mati’ apabila memanjat keluar dari tingkap dapurnya di tingkat 12 pangsapuri di Desa Mentari, di sini, sebelum bertenggek di atas atap dapur jirannya di tingkat 11 bangunan sama.
Aksi ngeri wanita berusia 30-an itu menyebabkan penghuni di kawasan pangsapuri itu gempar apabila mangsa seolah-olah cuba terjun dari bumbung berkenaan dalam kejadian jam 7.20 pagi semalam.
Mangsa yang juga ibu kepada tiga anak itu dilihat meracau sambil meluahkan perasaan berhubung masalah peribadi dihadapi selain turut mengacah untuk terjun dari bumbung dapur jirannya itu. 

Susulan itu ahli keluarga wanita terbabit terpaksa menghubungi talian kecemasan untuk menyelamatkannya.
Foto
PASUKAN penyelamat membawa turun wanita yang ingin terjun dari tingkat 11 pangsapurinya, semalam.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir 30 minit untuk memujuk mangsa sebelum wanita terbabit berjaya diselamatkan daripada terjatuh.

sumber >harian metro<